Kejora Children Care (KeCC) atau Pusat Jagaan Kejora Menyediakan pendidikan bagi
anak-anak berusia di antara 2 bulan hingga 6 tahun.Misi kami ialah pendidikan secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu untuk melahirkan insan yang berilmu pengatahuan, soleh dan kamil.Kaedah yang digunakan adalah berdasarkan kepada pendekatan montessori dengan intergrasi pendidikan islam.
Kami percaya setiap anak-anak belajar dan mereka tidak boleh dipaksa dan ditekan keinginan untuk belajar timbul dari keinginan untuk memahami sesuatu dan ini akan memberikan mereka kepuasan.Peralatan persekitaran dan aktiviti disediakan untuk menyokong keperluan semulajadi anak untuk belajar.Guru berperanan untuk memberi panduan.Anak akan belajar melalui hand-on activities untuk memudahkan mereka memahami sesuatu konsep.
Bagi anak-anak berusia 2 bulan hingga 1 tahun perubahan-perubahan dan kemajuan secara kuantiti dan kualaiti boleh dilihat secara proses ia mebesar dan menyediakan diri untuk berinteraksi dengan persekitaran.bagi anak-anak yang berusisa 2 hingga 6 tahun pula,manipulasi terhadap persekitaran amatlah penting kepada pembinaan penumpuan(concentration), kordinasi dan kefahamnan tentang aturan dan tertib.Anak-anak mengklasifikasi dan sebagainye,Semua aktiviti ini akan membantu membina penumpuan,koordinasi,kebolehan berdikari,keyakinan diri dan akan menjurus kepada kebolehan membaca,menulis dan mempelajari matematik.Seterusnye dipelajari melalui pelbagai aktiviti yang dibuat tahap demi tahap meliputi pemahaman konsep dan pengukuhan.
Program yang ditawarkan
a) Pra- sekolah - Untuk anak-anak berusia 3 hingga 6 tahun
b) Playschool - Untuk anak-anak berusia 2 bulan hingga 2 tahun
Program ini adalah untuk hari isnin hingga jumaat (8.30 pagi hingga 11.30 tengahari).Pembahagian mengikut umur diatas adalah sebagai panduan sahaja.Program pendidkan yang diberikan berdasarkan kepada kemampuan dan kesediaan anak-anak secara induvidu.
kemudahan jagaan harian disediakan hingga jam 6.30 petang(isnin-jumaat).Bayaran jagaan pada hari sabtu (8.30 pagi- 12.30 petang)tidak termasuk didalam yuran bulanan.
Kurikulum
Kedua-dua program pra-sekolah dan Playschool mengandungi perkara-perkara berikut:
a)Kemahiran hidup (Praktikal life)
b)Panca indera (sensorial)
c)Mathematics
d)Bahasa (English & Bahasa Melayu)phonics /kaedah cepat membaca e-Xtra
e)science & Culture
f)Al Quran
g)Pendidikan islam
h)Pendidikan jasmani
i)Perkembnagan bayi
untuk program jagaan Harian pula kami menyediakan aktiviti berkumpulan seperti drama, pergerakan kreatif dan nasyid.