PROSES PENDAFTARAN PUSAT JAGAAN KEJORA

Pendaftaran Pusat Jagaan adalah di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.Proses pendaftaran terdiri daripada :
a) Pendaftaran lesen perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ( SA 0050763 -W)

b ) Lesen perniagaan akan di serahkan kepada Jabatan Kebajikan Malaysia yang berhampiran dengan premis perniagaan.(Jabatan Kebajikan Daerah Gombak Selangor)

c) Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat akan mengeluarkan surat untuk diserahkan kepada 3 agensi iaitu :

  • Majlis Perbandaran selayang
  • Pejabat kesihatan Daerah Gombak
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat (Jabatan Bomba Batu Arang)
d) Tiga agensi ini akan melakukan pemeriksaan kepada premis perniagaan(Pusat Jagaan
Kejora).Pelbagai syarat telah dikemukan oleh mereka sebagai langkah keselamatan,kesesuaian bangunan dan kesihatan iaitu dari segi menu ,jadual aktiviti harian,kebersihan,keselesaan peralatan dan sebagainya.

e) Pihak Pusat Jagaan Kejora telah memenuhi segala syarat yang dikehendaki oleh mereka.

f) Mereka telah mengeluarkan surat sokongan penubuhan premis Pusat jagaan Kejora.

g) Surat sokongan telah dikemukakan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia ( Daerah Gombak).Mereka akan datang untuk membuat pemeriksaan kepada Pusat jagaan Kejora.

h) Pihak Jabatan Kebajikan akan meneliti segala syarat dan peraturan yang dikehendaki terutama dari segi kemudahan,pengendalian,pentadbiran,pekerja yang diiktiraf (mengikuti kursus-kursus),kesihatan dan kebersihan,kesesuaian menu (pemakanan harian kanak-kanak),jadual aktiviti,jumlah kanak-kanak yang bersesuaian dengan bangunan. dan pelbagai lagi bagi menjamin keselamatan dan keselesaan kanak-kanak.

i)Setelah pelbagai nasihat dan berpuas hati dengan pengendalian pusat Jagaan Kejora mereka akan meneliti profail yang disediakan oleh Pusat Jagaan Kejora.
j)kemudian pendaftaran akan dikemukakan kepada Jabatan kebajikan Malaysia (Negeri Selangor).Proses semakan negeri dalam masa 3- 6 bulan utuk kelulusan)

k) Akhirnya Pusat Jagaan Kejora telah mendapat lesen premis perniagan dengan Jabatan Kebajikan Masayarakat dengan nombor rujukan (B 072 2009).

SEGALA URUSAN DAN PENTADBIRAN SERTA OPERASI PUSAT JAGAAN KEJORA TELAH DIIKTIRAF OLEH JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT MALAYSIA.

0 Response to "PROSES PENDAFTARAN PUSAT JAGAAN KEJORA"

Post a Comment