PENGUSAHA PUSAT JAGAAN KEJORA


Pengusaha Pusat Jagaan Kejora ialah Azura bt Hj Abdullah.Beliau lahir pada 23 hb Julai di Negeri Sembilan.Mempunyai 4 orang adik beradik dan merupakan anak yang ke 3.Tempat lahir beliau di Rancangan Felda Bukit Rokan, Gemencheh Negeri Sembilan.Di sana beliau di besar dan dijaga oleh ibu dan ayah tercinta iaitu Pn Hjh Ramlah bt Abas dan Hj Abdullah b. Abdul Rahman.Adik beradik terdiri daripada dua orang kakak iaitu Nor Alwani dan Azlina serta seorang adik Nor Azlinda yang banyak membantu dan menasihati untuk Penubuhan taska dan Pusat Jagaan.

Pendidikan awal Ketika berusia 6 tahun di Tadika Felda Bukit Rokan.Kemudian meneruskan di Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Rokan dari darjah 1 sehingga darjah 6.Beliau meneruskan persekolahan berasrama di Sekolah Menengah Dato' Abdullah di Rembau N.sembilan.Kemudian meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Bukit Rokan sehingga tingkatan 5. Setelah mendapat keputusan SPM, beliau menyambung belajar di tingkatan enam selama 2 tahun di Sekolah Menengah Dato' Taha Gemencheh,N. Sembilan dan mendapat sijil STPM.Meneruskan Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan bekerja sambil belajar di Bandar Baru Bangi, Selangor dan di Shah Alam (Kaedah Pendidikan Montessori).

Pengalaman mengikuti Program Pendidikan Awal kanak-kanak telah di timba di Bandar Baru Bangi, Selangor.Di sana juga beliau telah menjadi Penyelia dan guru di taska dan Pusat Jagaan selama 5 tahun.Beliau telah mengikuti Segala program,kursus dan seminar dianjurkan oleh Persatuan Taska Negeri Selangor dan badan-badan berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak. Di sana beliau telah mendidik kanak-kanak berumur dari bayi sehingga 6 tahun.

Penubuhkan Taska Kejora Pada Januari 2003 sehingga tahun 2008 di Green Valley Bandar Tasik Puteri,Rawang.Kemudian telah membuka cawangan dikenali sebagai Pusat Jagaan Kejora di Bandar Tasik Puteri Rawang Selangor.Oleh Kerana kanak-kanak yang dijaga berumur 4 tahun ke atas Jabatan Kebajikan Masyarakat mencadangkan Taska Kejora ditukar kepada Pusat Jagaan Kejora .
Pada Oktober 2008 Pusat Jagaan Kejora telah berpindah di bangunan sendiri yang telah dibeli untuk keselesaan kanak-kanak Kejora bertempat di Bandar Tasik Puteri Rawang, Selangor. Seramai 4o kanak-kanak mengikuti Program pendidikan dan jagaan harian.Seramai 5 orang guru turut menbantu di Pusat Jagaan Kejora.

JAWATAN DI PERSATUAN TASKA NEGERI SELANGOR (DAERAH GOMBAK)

  • Ahli Jawatankuasa dari tahun 2005-2007
  • Ahli Jawatankuasa dari Tahun 2007-2009(ketua zon Rawang)
  • Ahli Jawatankuasa dari Tahun 2010-2012 (Ketua Zon Tasik Puteri)
MENTOR TASKA RUMAH
  • Mengikuti Kursus Sebagai Mentor Taska Rumah (Anjuran Projek Asuhan Prihatin)
  • Menjadi mentor bagi taska rumah sekitar daerah Gombak.
KURSUS,SEMINAR DAN PROGRAM YANG DIHADIRI IALAH:
  • Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK)
  • kursus Perkembangan Awal Kanak-kanak (PTNS)
  • kursus Pemantapan taska dan Pusat Jagaan(PTNS)
  • kursus Pertolongan cemas Anjuran Bulan Sabit Merah
  • kursus Celik undang-undang Taska dan Pusat Jagaan (Jabatan Kebajikan Malaysia)
  • Kursus Pengendalian Makananan
  • Seminar dan Bengkel Penubuhan Tadika bersama Kementerian Pendidikan Malaysia Negeri Selangor.
  • Kursus dan Bengkel Bersama Persatuan Tadika Islam Malaysia.(PERTIM)
  • Kursus Penubuhan Taska dan Pusat Jagaan (JKM)
  • Konvensyen Pendidikan Awal kanak-kanak di Putrajaya JKM DAN PTNS )
  • Kursus dan Bengkel Nyanyian Dan Cerita (PTNS)
  • Kursus Peningkatan Asuhan Kanak-kanak.
  • Kursus Taska rumah
  • Hari Pengasuh di Port Dickson Negeri Sembilan
  • Hari Pengasuh di Frazer Hill
  • Hari Pengasuh di Pulau Pangkor
  • Hari Pengasuh di Pulau Langkawi
  • Hari Pengasuh di Melaka
  • Program Dapur Sihat Taska Selangor

MENJADI PENGARAH PROGRAM MENGENDALIKAN KURSUS BERSAMA PTNS ( DAERAH GOMBAK)
  • Kursus Nyanyian dan Cerita di Taman Rimba Komanwel Rawang
  • Hari Pengasuh PTNS Perlawanan Bowling Persahabatan di MIBC di Melaka (Daerah Gombak.
  • Kursus dan bengkel Bahan Kos Rendah
  • Seminar Mutiara Kasih
AJK Program PTNS ;
  • Hari Taska kanak-kanak(PTNS) di Universti Islam Antarabangsa
  • Sambutan Kemerdekaan kanak-kanak di Dataran Shah Alam
  • Konvensyen Peningkatan Kerjaya & Pembangunan Usahawan Taska/Pusat jagaan 2010.

0 Response to "PENGUSAHA PUSAT JAGAAN KEJORA"

Post a Comment