KURSUS ASAS MUZIK


Kursus Asas Muzik di adakan di kodomodimusyo Sdn Bhd.Penceramah oleh Pn Saki Sasamori.Beliau adalah sahabat baik saya yang berbangsa Jepun dan banyak membantu dalam program Pendidikan di Pusat Jagaan Kejora. Aktiviti yang dijalankan adalah:


  • Aktiviti yang di buat adalah belajar bermain alat muzik.
  • kreativiti lipatan menggunakan sampul surat.
  • Alat Muzik dari bahan kos rendah.
  • Bermain sambil menyanyi menggunakan alat muzik
  • Senaman untuk aktiviti fizikal mendendangkan lagu-lagu dari jepun.

PERKEMBANGAN STAFF(KURSUS DAN BENGKEL PENINGKATAN ASUHAN KANAK-KANAK)


Kursus ini telah dibuat di daerah gombak,Seramai 34 peserta telah menyertai .Seramai 3 orang guru Pusat Jagaan Kejora Menghadiri Kursus ini.tujauan Kursus ini Meningkatan kreativiti dikalanagan guru kejora.Mereka juga di ajar Perkembangan bayi fizikal,sosioemosi,kognitif bahasa bagi kanak-kanak berumur bayi sehingga 4 tahun.Guru yang hadir semasa kursus ialah Cik Norayu Asmira,Cik Norhazura dan Cik Norhanazila.


Tempat : Dewan Si Antan MPS Selayang
Penceramah : Encik Hadi ( dari S.Alam)
AjkPTNS (Daerah Gombak) yang bertugas : Encik Azman Abu Hassan
Cik Azura Bt Hj Abdullah
Pn. Nik Robiah
Pn .Rohana Ismail
Pn .Norshila Abu Hassan

PERKEMBANGAN STAFF (KURSUS DAN BENGKEL NYANYIAN DAN CERITA)



Kursus ini diadakan untuk meningkatkan kemahiran di kalangan pekerja Pusat Jagaan Kejora dalam bidang nyanyian dan bercerita.Seramai 5 orang guru Pusat jagaan Kejora menyertai kursus ini.Kursus telah dihadiri seramai 35 peserta di sekitar Taska dan Pusat Jagaan Rawang dan Gombak.


Tempat : Taman Rimba Komanwel Rawang
Anjuran : Persatuan Taska Negeri Selangor ( daerah Gombak)
Pengarah program : Azura bt Hj andullah (Pengusaha pusat Jagaan Kejora)
Penceramah : Pn Saki Sasamori (Pengalaman dari Jepun)

MAJLIS KONVOKESYEN DAN PEYAMPAIAN HADIAH 2009

Majlis Konvokesyen dan Penyampaian Hadiah di Taman Rimba Komanwel Rawang.Aktiviti yang di jalankan ialah :

  • Ucapan Pengerusi Majlis Oleh Cik Norhafizah..
  • Ucapan kata-kata aluan Pengusaha Pusat Jagaan Kejora oleh
    Cik Azura bt Hj Abdullah.
  • Persembahan pelajar-pelajar 4 hingga 5 tahun.
  • Persembahan ragam si comel bersama guru-guru kejora ( 1- 3 tahun).
  • Persembahan kanak-kanak 6 tahun.
  • Majlis penyampaian sijil kepada murid-murid 6 tahun.
  • Penyampaian hadiah kanak-kanak terbaik kategori umur 4 hingga 6 tahun.
  • Jamuan makan bersama ibu bapa dan para tetamu yang hadir di majlis ini.

PROGRAM LATIHAN KEBAKARAN DAN KESELAMATAN BERSAMA ANGGOTA BOMBA


Program latihan ini diadakan untuk guru dan murid-murid Pusat Jagaan Kejora.Seramai 6 orangAnggota Bomba telah datang untuk mengajar kanak-kanak dan guru. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah :

  • Ceramah ringkas dari Anggota Bomba mengenai langkah-langkah keselamatan di Pusat Jagaan.
  • Latihan memadam api apabila mangalami kebakaran dan cara menyelamatkan diri .
  • Mengajar cara-cara memadam api semasa kebocoran tong gas di dapur.
  • Latihan menggunakan tangga keselamatan di pusat Jagaan Kejora.
  • Latihan memadamkan api kepada guru-guru Kejora.
  • kanak-kanak dan guru menaiki kereta bomba dan berjalan sekitar Bandar Tasik Puteri.
  • Penyampaian cenderahati kepada Anggota Bomba.
  • Jamuan ringan bersama Anggota Bomba dan kanak-kanak Kejora.

PROGRAM TAHUNAN MAJLIS KONVOKESYEN DAN PENYAMPAIAN HADIAH


Majlis Konvokesyen dan Penyampaian Hadiah telah di adakan pada setiap bulan November.Tujuannya untuk menghargai Kanak-kanak 6 tahun yang telah menamatkan sessi pembelajaran di Pusat Jagaan Kejora.Mereka ini telah mengikuti program pendidikan sejak berumur 4 tahun lagi.Terdapat juga yang memulakan sessi pendidikan ketika berumur 6 tahun.

Majlis Penyampaian hadiah juga di adakan untuk murid-murid yang menunjukkan prestasi yang baik bagi kategori umur 4 - 6 tahun.Mereka telah menjalani ujian penilaian prestasi bertulis dan praktikal untuk menjadi murid terbaik.

Sepanjanag majlis tersebut pelajar akan membuat persembahan untuk hiburan ibu bapa yang hadir di majlis ini.Murid-murid akan menyanyikan lagu kanak-kanak sambil menari.

PENGUSAHA PUSAT JAGAAN KEJORA


Pengusaha Pusat Jagaan Kejora ialah Azura bt Hj Abdullah.Beliau lahir pada 23 hb Julai di Negeri Sembilan.Mempunyai 4 orang adik beradik dan merupakan anak yang ke 3.Tempat lahir beliau di Rancangan Felda Bukit Rokan, Gemencheh Negeri Sembilan.Di sana beliau di besar dan dijaga oleh ibu dan ayah tercinta iaitu Pn Hjh Ramlah bt Abas dan Hj Abdullah b. Abdul Rahman.Adik beradik terdiri daripada dua orang kakak iaitu Nor Alwani dan Azlina serta seorang adik Nor Azlinda yang banyak membantu dan menasihati untuk Penubuhan taska dan Pusat Jagaan.

Pendidikan awal Ketika berusia 6 tahun di Tadika Felda Bukit Rokan.Kemudian meneruskan di Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Rokan dari darjah 1 sehingga darjah 6.Beliau meneruskan persekolahan berasrama di Sekolah Menengah Dato' Abdullah di Rembau N.sembilan.Kemudian meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Bukit Rokan sehingga tingkatan 5. Setelah mendapat keputusan SPM, beliau menyambung belajar di tingkatan enam selama 2 tahun di Sekolah Menengah Dato' Taha Gemencheh,N. Sembilan dan mendapat sijil STPM.Meneruskan Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan bekerja sambil belajar di Bandar Baru Bangi, Selangor dan di Shah Alam (Kaedah Pendidikan Montessori).

Pengalaman mengikuti Program Pendidikan Awal kanak-kanak telah di timba di Bandar Baru Bangi, Selangor.Di sana juga beliau telah menjadi Penyelia dan guru di taska dan Pusat Jagaan selama 5 tahun.Beliau telah mengikuti Segala program,kursus dan seminar dianjurkan oleh Persatuan Taska Negeri Selangor dan badan-badan berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak. Di sana beliau telah mendidik kanak-kanak berumur dari bayi sehingga 6 tahun.

Penubuhkan Taska Kejora Pada Januari 2003 sehingga tahun 2008 di Green Valley Bandar Tasik Puteri,Rawang.Kemudian telah membuka cawangan dikenali sebagai Pusat Jagaan Kejora di Bandar Tasik Puteri Rawang Selangor.Oleh Kerana kanak-kanak yang dijaga berumur 4 tahun ke atas Jabatan Kebajikan Masyarakat mencadangkan Taska Kejora ditukar kepada Pusat Jagaan Kejora .
Pada Oktober 2008 Pusat Jagaan Kejora telah berpindah di bangunan sendiri yang telah dibeli untuk keselesaan kanak-kanak Kejora bertempat di Bandar Tasik Puteri Rawang, Selangor. Seramai 4o kanak-kanak mengikuti Program pendidikan dan jagaan harian.Seramai 5 orang guru turut menbantu di Pusat Jagaan Kejora.

JAWATAN DI PERSATUAN TASKA NEGERI SELANGOR (DAERAH GOMBAK)

  • Ahli Jawatankuasa dari tahun 2005-2007
  • Ahli Jawatankuasa dari Tahun 2007-2009(ketua zon Rawang)
  • Ahli Jawatankuasa dari Tahun 2010-2012 (Ketua Zon Tasik Puteri)
MENTOR TASKA RUMAH
  • Mengikuti Kursus Sebagai Mentor Taska Rumah (Anjuran Projek Asuhan Prihatin)
  • Menjadi mentor bagi taska rumah sekitar daerah Gombak.
KURSUS,SEMINAR DAN PROGRAM YANG DIHADIRI IALAH:
  • Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK)
  • kursus Perkembangan Awal Kanak-kanak (PTNS)
  • kursus Pemantapan taska dan Pusat Jagaan(PTNS)
  • kursus Pertolongan cemas Anjuran Bulan Sabit Merah
  • kursus Celik undang-undang Taska dan Pusat Jagaan (Jabatan Kebajikan Malaysia)
  • Kursus Pengendalian Makananan
  • Seminar dan Bengkel Penubuhan Tadika bersama Kementerian Pendidikan Malaysia Negeri Selangor.
  • Kursus dan Bengkel Bersama Persatuan Tadika Islam Malaysia.(PERTIM)
  • Kursus Penubuhan Taska dan Pusat Jagaan (JKM)
  • Konvensyen Pendidikan Awal kanak-kanak di Putrajaya JKM DAN PTNS )
  • Kursus dan Bengkel Nyanyian Dan Cerita (PTNS)
  • Kursus Peningkatan Asuhan Kanak-kanak.
  • Kursus Taska rumah
  • Hari Pengasuh di Port Dickson Negeri Sembilan
  • Hari Pengasuh di Frazer Hill
  • Hari Pengasuh di Pulau Pangkor
  • Hari Pengasuh di Pulau Langkawi
  • Hari Pengasuh di Melaka
  • Program Dapur Sihat Taska Selangor

MENJADI PENGARAH PROGRAM MENGENDALIKAN KURSUS BERSAMA PTNS ( DAERAH GOMBAK)
  • Kursus Nyanyian dan Cerita di Taman Rimba Komanwel Rawang
  • Hari Pengasuh PTNS Perlawanan Bowling Persahabatan di MIBC di Melaka (Daerah Gombak.
  • Kursus dan bengkel Bahan Kos Rendah
  • Seminar Mutiara Kasih
AJK Program PTNS ;
  • Hari Taska kanak-kanak(PTNS) di Universti Islam Antarabangsa
  • Sambutan Kemerdekaan kanak-kanak di Dataran Shah Alam
  • Konvensyen Peningkatan Kerjaya & Pembangunan Usahawan Taska/Pusat jagaan 2010.

PROSES PENDAFTARAN PUSAT JAGAAN KEJORA

Pendaftaran Pusat Jagaan adalah di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.Proses pendaftaran terdiri daripada :
a) Pendaftaran lesen perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ( SA 0050763 -W)

b ) Lesen perniagaan akan di serahkan kepada Jabatan Kebajikan Malaysia yang berhampiran dengan premis perniagaan.(Jabatan Kebajikan Daerah Gombak Selangor)

c) Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat akan mengeluarkan surat untuk diserahkan kepada 3 agensi iaitu :

  • Majlis Perbandaran selayang
  • Pejabat kesihatan Daerah Gombak
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat (Jabatan Bomba Batu Arang)
d) Tiga agensi ini akan melakukan pemeriksaan kepada premis perniagaan(Pusat Jagaan
Kejora).Pelbagai syarat telah dikemukan oleh mereka sebagai langkah keselamatan,kesesuaian bangunan dan kesihatan iaitu dari segi menu ,jadual aktiviti harian,kebersihan,keselesaan peralatan dan sebagainya.

e) Pihak Pusat Jagaan Kejora telah memenuhi segala syarat yang dikehendaki oleh mereka.

f) Mereka telah mengeluarkan surat sokongan penubuhan premis Pusat jagaan Kejora.

g) Surat sokongan telah dikemukakan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia ( Daerah Gombak).Mereka akan datang untuk membuat pemeriksaan kepada Pusat jagaan Kejora.

h) Pihak Jabatan Kebajikan akan meneliti segala syarat dan peraturan yang dikehendaki terutama dari segi kemudahan,pengendalian,pentadbiran,pekerja yang diiktiraf (mengikuti kursus-kursus),kesihatan dan kebersihan,kesesuaian menu (pemakanan harian kanak-kanak),jadual aktiviti,jumlah kanak-kanak yang bersesuaian dengan bangunan. dan pelbagai lagi bagi menjamin keselamatan dan keselesaan kanak-kanak.

i)Setelah pelbagai nasihat dan berpuas hati dengan pengendalian pusat Jagaan Kejora mereka akan meneliti profail yang disediakan oleh Pusat Jagaan Kejora.
j)kemudian pendaftaran akan dikemukakan kepada Jabatan kebajikan Malaysia (Negeri Selangor).Proses semakan negeri dalam masa 3- 6 bulan utuk kelulusan)

k) Akhirnya Pusat Jagaan Kejora telah mendapat lesen premis perniagan dengan Jabatan Kebajikan Masayarakat dengan nombor rujukan (B 072 2009).

SEGALA URUSAN DAN PENTADBIRAN SERTA OPERASI PUSAT JAGAAN KEJORA TELAH DIIKTIRAF OLEH JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT MALAYSIA.


Kemudahan/program disediakan
a) Pra- sekolah (anak-anak berusia 4-6 tahun)
Masa 7.30 pagi-11.30 pagi /2.00 petang-5.00 petang
b)Play-school (anak-anak berusia 2 bulan-3 tahun)
program pendidikan yang disediakan berdasarkan kepada
kemampuan dan kesediaan anak-anak secara induvidu.

  • Kaedah yang digunakan adalah berdasarkan kepada pendekatan mentessori dengan intergrasi pendidikan islam.
  • Pembahagian mengikut umur di atas adalah sebagai panduan sahaja.
c) Jagaan Harian dn transit
Disediakan sehingga 6.30 petang ( Isnin - Jumaat )
  • Bayaran jagaan hari sabtu (8.30 pagi-2.00 petang tidak termasuk dalam yuran bulanan)
d) Kemudahan pengangkutan boleh di atur mengikut keperluan.

Pusat Jagaan Kejora

Pusat jagaan kejora ditubuhkan pada Januari 2003 di bandar Tasik Puteri Rawang.Seramai 40 kanak-kanak telah mengikuti program di di sini.Kanak-kanak terdiri daripada pelbagai tahap umur daripada bayi sehingga 14 tahun.Di sini perkhidmatan disediakan iaitu Pendidikan,transit dan jagaan harian.